kecewa.sedih.terluka.marah.dikhianati _ perasaan tu menjadi satu. aku melempiaskan ego aku selama ini demi sebuah perasaan yang aku sendiri belum pasti _sayang.cinta.rindu.kesian - aku pupuk rasa itu menjadi satu perasaan yang membuatkan aku terbuai dan terlena dengan kata-kata yang sungguh syahdu serta mengasyikkan.."saya sayangkan awk"
"walaupun antara kita tiada jodoh satu hari nanti, awk pandangla pada bintang-bintang dilangit, sesetia mana bintang itu menerangi malam, macam tu jugak sayang saya pada awak, saya akan setia dengan perasaan tu, sebanyak mana bintang yang ada dilangit dan walaupun kadangkala bintang tu tak nampak, sayang saya pada awk tak akan pernah berubah"
kata-kata tu sekali didengari akan membuatkan seseorang itu terdeku, terdiam seribu bahasa, kali kedua ianya dilafazkan membuatkan seseorang itu terbuai dan terlena kerana ianya sungguh mengasyikkan, dan jika ianya kerap kali didengari umpama sebuah janji yang akan membibitkan sebuah harapan dan mencipta sebuah angan-angan..
namun, selagi mana seseorang itu bergelar manusia - yang penuh dengan janji-janji manis, yang penuh dengan kata-kata yang nista dan berpura-pura dan akhirnya sanggup meranapkan serta memusnahkan hati manusia lain yang dianggap KEKASIH...
pendustaan dan kata-kata nista menjadikan seseorang itu serik, serik utk mencari erti sebenar sebuah kebahagiaan ~ segala rintangan dan dugaan harus diharungi demi sebuah kebahagiaan yang kita sendiri tidak tau sejauh mana ianya boleh bertahan
"mahalnya harga sebuah cinta hingga sanggup dibayar dengan air mata"
kata-kata tu sudah tidak mampu utk membuatkan aku terbuai dan terlena serta menyerahkan hati dan perasaanku pada insan yang bergelar lelaki. tiada makna dan tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan aku ketika ini.
'"idak akan ku bazirkan airmata ini demi sebuah kisah kasih yang tiada penamat dan sukar utk diakhiri"
oleh itu, cintailah seseorang dan berikanlah kebahagiaan kepadanya setakat mana yang kita mampu. berkorban demi insan yang paling kita sayang akan membuatkan kita puas walaupun hakikatnya hati kita tiada siapa yang tahu.
"jangan pernah berjanji jika tidak mampu utk memenuhinya"
-pencintayangsetia-